Pages

Tuesday, February 8, 2011

Chocolatae Lover 1





BAB 1

Sejak pagi sehinggalah sekarang Alisya terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit-pesakitnya. Alisya merupakan anak yang kedua daripada dua orang adik-beradik. Dia merupakan seorang doktor pakar perubatan lulusan universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi Mara. Sudah hampir tiga tahun Alisya menjadi doktor di hospital kerajaan tersebut iaitu di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah.

“Aduh! Letihnya hari ini,” bisik hati kecil Alisya.

“Ish…kenapalah cerewet sangat pesakit ‘first class’ tu. Kalau dah sakit tu buatlah cara orang sakit. Ni tak, makin menjadi-jadi pulak perangai berlagak dia tu. Kalau tak kerana mak bapak dia orang ternama dan berpengaruh, jangan harap aku nak layan dia tu.” Alisya membebel seorang diri melepaskan geramnya yang tak terhingga tentang peristiwa yang telah berlaku petang tadi.

“Ah! Daripada aku fikir tentang dia lebih baik aku balik rumah, lagi bagus.. jiwa aku pun tenang sikit".


Bagaikan baru tersedar dari lamunan, dia terus mengemas dan menyusun segala dokumen yang berada di atas mejanya dengan pantas kerana takut terkandas di dalam kesesakan lalu lintas.

*********************************************************************************


Sambil memandu pulang ke rumahnya, dia memasang kaset lagu kegemarannya iaitu lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Mestica. Dia merupakan peminat setia kumpulan nasyid tersebut. Setiap kali mereka membuat persembahan, dia tidak akan terlepas walau sekali pun untuk turut sama memeriahkan persembahan tersebut. Salah satu lagu kumpulan Mestica yang disukainya ialah lagu yang bertajuk ‘Layar Keinsafan’. Sambil mendengar lagu tersebut, dia akan turut sama menyanyikan lagu tersebut sambil menghayati setiap bait-bait perkataan yang ada di dalam lirik lagu tersebut untuk dijadikan panduan dan pengajaran. Mungkin setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Begitulah juga Alisya, dia amat suka lagu melankolik dan lagu-lagu yang berirama lembut dan sayu.


Jam menunjukkan pukul 7 malam apabila dia tiba di rumahnya. Dia menekan punat kawalan dari dalam keretanya untuk membuka pintu pagar rumahnya sebelum meletakkan kereta Kembara kesayangannya di bawah garaj.


Assalamu’alaikum.” Alisya mengucap salam sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah rumahnya.


Wa’alaikumussalam.” Kedengaran satu suara menjawab salamnya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan meluru ke arahnya untuk menyambut kepulangannya. Perempuan tersebut merupakan pembantu rumah Alisya yang paling mesra dengannya.


“Alisya sudah pulang, mahu makan?”


“Sekejap lagilah Mak Miah, Alisya nak bersihkan diri dulu sebab badan pun dah berbau hapak ni. Lepas solat Maghrib nanti Alisya turun makan.” Dia terus melangkah naik ke biliknya dengan langkah yang perlahan kerana terlalu letih. Dia terus menyiapkan tab mandi dan menaburkan pelbagai jenis bunga dan haruman.


“Wah! Bestnye dapat mandi sauna. Tak semua orang boleh mandi macam nie, hanya aku sorang jer yang bertuah yang dapat mandi macam ni. Haha. Perasan bagus betul la aku nie.” Alisya tergelak seorang diri. Setelah hampir setengah jam Alisya berendam di dalam tab mandi tersebut, badannya menjadi kembali segar dan staminanya sudah kembali pulih.


**********************************************************************************


Setelah siap solat Maghrib, dia berbaring sebentar di atas katilnya yang bersaiz King itu sambil fikirannya melayang-layang. Peristiwa yang berlaku siang tadi kembali bermain di fikirannya.


“Encik Fariz sudah makan ubat yang saya berikan tadi?” Alisya bertanya dengan suara yang tegas sekali. Dia tidak suka berlemah lembut dengan golongan Adam kerana dia merasakan bahawa mereka selalu menyusahkan hidupnya.


“Dalam proses nak makan ubat la ni. Doktor nak tengok saya makan ubat ke? Ni haa, ade dalam mulut saya ni ha.” Fariz menjawab seraya membuka mulut dan menunjukkan dua biji ubat pil tersebut. Kemudian dia mengambil segelas air dan meneguk sehingga habis air tersebut. Fariz membuka mulutnya sekali lagi dan berkata kepada Alisya sambil tersenyum.


“Ha, doktor cuba tengok, ubat tu saya dah telan dah. Bukan susah pun makan ubat, senang jer. Doktor nak makan ubat juga ke, meh saya suapkan.” Fariz mengambil plastik ubat yang ada di atas meja di sebelahnya dan cuba mengeluarkan dua biji pil untuk diberikan kepada doktor muda itu.


Setelah Alisya merasakan tahap kesabarannya makin menurun, dia terus bergegas keluar dari bilik tersebut yang dirasakan seperti berada di dalam neraka. Fariz terus ketawa dengan sekuat hatinya sebaik sahaja melihat doktor muda tersebut keluar dari biliknya kerana telah berjaya memperdaya doktor tersebut. Sebenarnya ubat tersebut berada di bawah lidahnya. Alisya yang masih berada di luar bilik tersebut mendengar pesakitnya itu ketawa dengan kuatnya sekali.


“Argh! Bengangnya aku dengan dia ni. Kalau dah rasa ada sakit mental tu, pergi la hospital untuk orang gila. Bukannya datang ke hospital ni.” Alisya terus menuju ke biliknya tanpa menegur orang di sekelilingnya kerana takut akan menimbulkan kekecohan kerana kemungkinan besar dia tidak akan dapat mengawal kemarahannya. Dia terus bertapa di dalam biliknya tanpa keluar untuk makan tengah hari.


********************************************************************************


We both young when I first saw you, I close my eye and the flashback start…” tiba-tiba lamunannya terhenti dek bunyi ‘ringtone’ telefon bimbitnya.


“Alamak! Mana handphone aku ni, time-time nak rehat macam ni la ade orang mengacau. Tanpa melihat skrin, dia terus menjawab panggilan tersebut.


Hello, Assalamu’alaikum.”


“Oh, mama ke, ingatkan siapa la tadi. Mama sihat? Papa ade kat situ juga ke, ma?”


"Alhamdulillah, Alisya sihat ma. Ni pun baru balik dari tempat kerja.”


"Pesakit Alisya tu bertambah ramai la, ma. Makin ramai pesakit tu, makin banyak kerenah diorang. Alisya pun makin pening nak layan kerenah diorang yang entah apa-apa tu.”


“Baiklah ma, Alisya akan ikut cakap mama. Terima kasih ma, kirim salam dekat papa sekali ye. Sayang mama.”


“Hihi.. Wa’alaikumussalam.”


*******************************************************************************


Tok..tok..tok.. kedengaran bunyi ketukan pintu sebaik sahaja dia meletakkan telefonnya di atas katil.


“Alisya buat ape tu, tadi kata nak turun lepas solat. Kenapa lama sangat? Alisya solat terawih sekali ke? Bulan Ramadhan lambat lagi la, Alisya. Mak Miah dah siapkan makanan untuk Alisya. Nanti sejuk pula lauk tu,” kata Mak Miah sambil tersenyum lebar.


Alisya terasa bersalah kerana membiarkan Mak Miah menunggunya dengan lama. Dia terus membuka pintu. Mak Miah yang murah dengan senyuman itu tersenyum manis kepadanya. Senyuman Mak Miah itu, berjaya menghilangkan segala kekusutan yang bermain di fikirannya. Ini yang membuatkan Alisya menganggap Mak Miah macam ibunya sendiri.

“Terima kasih, Mak Miah. Alisya minta maaf sebab buatkan Mak Miah tertunggu-tunggu. Marilah kita makan sekali, Mak Miah.”

Alisya turun ke dapur dan berjalan beriringan dengan Mak Miah. Sambil berjalan ke dapur, dia sempat mencuri pandang ke arah Mak Miah. Mak Miah telah banyak menabur jasa kepadanya. Mak Miah telah bekerja di rumah Alisya hampir tiga tahun. Dia mula bekerja di rumah Alisya selepas dia diceraikan oleh suaminya yang mahu berkahwin lain dengan perempuan yang jauh lebih muda daripadanya.


“Wah! Banyaknya Mak Miah masakkan lauk untuk Alisya. Semuanya makanan kegemaran Alisya. Ni yang membuatkan Alisya sayang… sangat dekat Mak Miah” katanya seraya memeluk Mak Miah dari belakang.


“Ish.. budak bertuah nie, sekarang kan masa untuk makan, yang Alisya dok buat jiwang karat nie buat ape... haa.. dah.. dah.. jom makan, nanti perut masuk angin pulak sebab tak makan. Dah la Alisya ni ade gastrik nanti siapa yang susah, Mak Miah jugak.”


“Eh! Buat ape Mak Miah pulak yang susah. Sepatutnya Alisya yang susah sebab perut Alisya yang sakit bukan perut Mak Miah kan? Mak Miah ni kalau Mak Miah nak rasa susah tu, kita kenalah sakit sama-sama ye..” haha.. Alisya ketawa sambil mula menarik kerusi untuk duduk.


“Betul la ape yang Mak Miah cakap nie. Kalau Alisya sakit, nanti Mak Miah juga yang susah sebab nak kena layan kerenah tuan puteri ni yang cerewet sangat ni. Kalau tak dilayan makin menjadi-jadi pulak penyakit dia ni haa..” Mak Miah ketawa senang hati kerana berjaya mengusik Alisya. Alisya hanya mampu tersenyum sahaja.


“Tak pe, hari nie jer Mak Miah bleh menang. Hari lain Alisya pasti akan menang walau ape cara sekalipun. Oleh kerana hari nie Alisya lapar sangat, so kita tangguhkan dulu perdebatan kita ke hari lain ye.. haha…”


Alisya terus mengambil pinggan dan menyenduk nasi untuk Mak Miah, dan kemudian barulah dia menyendukkan nasi untuknya. Sambil makan Alisya bercerita kepada Mak Miah tentang apa yang berlaku di hospital tempat dia bekerja. Dia juga mengadu kepada Mak Miah tentang kerenah pesakitnya. Mak Miah hanya ketawa dan mengusik Alisya dengan mengatakan bahawa pesakit Alisya itu jatuh hati dekat Alisya sebab Alisya cantik sangat. Memang diakui bahawa Alisya seorang gadis yang cantik kerana dia memiliki wajah yang kuning langsat, berhidung manjung dan mempunyai ketinggian yang membolehkan dia memohon untuk menjadi seorang model. Namun disebabkan pegangan agama Alisya masih kuat membuatkan dia tidak berminat dalam bidang peragaan.


****************************************************************************


Setelah selesai makan malam, Alisya menonton televisyen di rumah tamu manakala Mak Miah pula menghabiskan kerjanya dengan membasuh sedikit pinggan mangkuk yang sebelum masuk tidur. Alisya mendengar berita tentang kejadian-kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara supaya dia tidak ketinggalan dalam arus perkembangan dunia. Alisya terus mencari Mak Miah sebaik sahaja habis menonton televisyen. Selepas mengucapkan selamat malam kepada Mak Miah, dia pun terus naik ke bilik tidurnya sambil menguap kerana keletihan. Dia terus meletakkan kepalanya di atas bantal yang empuk itu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sambil menunggu matanya tertutup, Alisya membaca surah-surah pilihan yang telah dihafal olehnya ketika dia belajar di sekolah menengah dan di universiti. Akhirnya, Alisya terlelap juga tanpa diketahui masanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...