Pages

Tuesday, February 8, 2011

Chocolatae Lover 2


BAB 2


Raja Fariz terjaga dari tidur selepas hampir 7 jam dia tidur. Dia terus bangun dan berjalan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya dan berwuduk. Selepas selesai solat, dia kembali ke katilnya dan berbaring semula sementara menunggu hari siang. Raja Fariz merupakan anak kedua daripada dua orang adik-beradik. Dia merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal di ibu kota tersebut. Dia terpaksa ditahan di hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja. Sudah hampir 2 minggu dia terpaksa hidup seperti banduan yang ditahan di dalam penjara putih itu. Kebosanan telah menyelubungi hidupnya semenjak dia ditahan di situ.

“Kenapalah diorang tak kasi aku keluar? Bukannya teruk sangat pun lukanya.”

“ Argh… Boringnya dok kat sini lama-lama, kalau dapat gi cuti-cuti Malaysia lagi bagus.”

“Doktor kat sini pun satu, cubalah buat baik dengan pesakit. Ni tak, serius jer memanjang.”

Raja Fariz membebel seorang diri tentang nasibnya yang terpaksa dihadapinya. Dia terus mencapai komik tentang penyiasatan di sebelahnya untuk menghilangkan kebosanan yang tahap karma itu. Sambil membaca komik tersebut, dia menikmati kelazatan coklat kegemarannya sebagai sarapannya. Walaupun doktor telah melarangnya daripada mengambil makanan yang manis, dia tetap berdegil kerana dia tidak dapat berpisah dengan coklat yang digemarinya semenjak dia kecil lagi. Dia amat sukakan coklat ‘Snickers’ dan ‘Mars’. Setiap kali singgah di hypermarket, dia akan membeli sejumlah coklat sebagai bekalan di waktu ketiadaan makanan. Ditahan di hospital tidak menghalangnya daripada mendapat bekalan coklat kerana dia telah menyuruh kakaknya membawa coklat kepadanya tanpa pengetahuan doktor tersebut dan ibu bapa mereka. Kakaknya itu merupakan satu-satunya kakak yang dia sayangi di dunia ini. Kakaknya telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya yang khabarnya mempunyai banyak anak syarikat di luar negara.

*********

Kedengaran pintu diketuk dan dibuka telah mengganggu konsentrasinya yang sedang membaca itu. Dengan malasnya dia berpaling ke arah pintu tersebut. Kelihatan seorang jururawat sedang tersenyum manis dan melangkah masuk. Dia tersebut menatang satu dulang yang mengandungi makanan untuk sarapan paginya. Dia menjeling sekilas ke arah makanan tersebut dan mencebik.

Nurse, tak de makanan yang sedap sikit ke? Takkan saya nak makan roti dengan susu jer setiap pagi. Tak sedap langsung. Pertumbuhan badan saya boleh terbantut tau nurse.”

"Encik kenalah makan makanan yang macam ni supaya Encik cepat sembuh."

“Kalaulah saya dapat makan spageti ke, pasta ke, mesti sedap. Erm..Nurse, apa kata kalau nurse tolong belikan makanan kat kantin untuk saya. Nurse beli la spageti goreng ke, kalau tak de nurse beli la mee goreng jer eek.”

“Ish.. mana boleh macam tu Encik. Kalau Doktor Alisya dapat tahu nanti, habislah saya kena pecat.”

“Ala.. nurse ni tak sporting langsung la. Dengan doktor tu pun nak takut. Takpe la kalau macam tu, nurse letak jer makanan kat situ, nanti tahulah saya nak buat macam mana."

"Ok… nanti lepas habis makan roti nie, jangan lupa makan ubat nie sekali ye," jururawat tersebut menunjukkan kepadanya ubat yang turut berada di dalam dulang tersebut.

Raja Fariz hanya mengangguk tanpa menjawab sepatah pun kerana merajuk dengan sikap nurse tersebut yang tidak boleh bertolak-ansur. Jururawat tersebut terus keluar dari bilik tersebut selepas membuka tingkap dan mengemas sedikit kawasan tersebut. Raja Fariz menyambung kembali santapannya iaitu coklatnya. Makanan yang dibawa oleh nurse tersebut diletakkan di dalam satu bekas manakala susu tersebut dituangkan ke dalam sinki. Sejak kecil lagi dia memang alah dengan minuman yang berasaskan tenusu. Makanan tersebut akan diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.

“Takpe.. takpe, nanti saya pesan Pizza Hut baru diorang tau sape saya sebenarnya,” desis hati kecilnya.

“Minta tolong sikit pun tak boleh. Huh… Ingat bagus sangat ke makan roti ni, banyak yeast tau,” dia menyambung kembali omelannya kerana tidak puas hati. Dia terus berbaring sambil melihat ke arah siling di dalam biliknya itu.

**********

Fikirannya melayang-layang mengingati kisah-kisah lampau yang cuba dia lupakan. Kerana peristiwa pahit tersebutlah telah menyebabkan dia memandang serong kepada kaum wanita dan tidak menaruh minat terhadap wanita. Sudah menjadi prinsip hidupnya, sekali dia ditipu, dia tidak akan mempercayai kata-kata daripada seseorang yang telah menipunya. Memang tidak dinafikan bahawa dia mempunyai ramai peminat. Ini disebabkan dia memiliki wajah yang tampan sehingga ada yang mengatakan bahawa mukanya seiras dengan muka anak raja Britain iaitu Putera William. Raja Fariz dikurniakan wajah yang putih merah, hidung yang mancung, ketinggiannya menyamai ketinggian seorang model dan yang paling beruntung sekali dia mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Dia tidak berbangga dengan apa yang dimilikinya kerana baginya cinta yang suci adalah cinta yang lahir dari hati yang murni tetapi bukanlah cinta dari paras rupa atau harta yang melimpah ruah. Dia berpisah dengan kekasihnya kerana kekasihnya itu merupakan sejenis perempuan yang suka mengikis duitnya. Setiap minggu bekas kekasihnya merengek mahukan hadiah yang mahal-mahal dan barangan tersebut perlulah dibeli dari luar negara. Sebelum mereka berpisah, dia sering menegur sikap bekas kekasihnya yang selalu boros itu dan seringkali ia membawa kepada pergaduhan kerana bekas kekasihnya itu akan melenting apabila ada orang yang menegur kelakuannya. Dia masih ingat kali terakhir dia berjumpa dengan bekas kekasihnya iaitu kira-kira 3 tahun yang lalu.

“Apahal kau nak jumpa aku,” tanya Raja Fariz kepada kekasihnya.

“Aku nak bagitau dekat kau yang aku nak putus hubungan dengan kau. Aku tak nak ade sebarang hubungan dengan kau lagi. Aku dah ade orang lain yang boleh bagi aku segala kemewahan, bukan macam kau kedekut haji bakhil,” jawab Marlissa dengan penuh lagak.

So, why do you tell me? Just go on. I don’t care anymore,” balas Raja Fariz pula.

“Oklah, aku pun dah malas nak mengadap muka kau yang tak ubah seperti binatang kat sarkas tu. Kalau tak kerana aku, mesti takde orang yang nak dekat kau. Kolot sangat. Hah... Jangan kau ganggu hidup aku dengan kekasih baru aku tu tau,” sempat lagi Marlissa memberi amaran keras kepada Raja Fariz.

“Aku pun tak hingin nak kacau korang. Aku cuma nak doakan kebahagiaan korang agar berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan lagi satu, aku harap kau ubah la sikap kau yang boros tu, nanti kekasih baru kau tu plak yang lari, jangan salahkan aku dah la... hehehe..,” Raja Fariz membalas sambil tergelak terbahak-bahak kerana dapat meluahkankan segala ketidakpuas hatiannya kepada kekasihnya.

“Argh.. sudah la, makin lama aku mengadap muka kau, makin stress aku. Blah la dengan sikap kau tu yang macam ustaz tu. Pegang tangan tak boleh, keluar malam tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Huh. Kolot betul. Aku harap kita tak jumpa lagi. Bye.”

“Terima kasih sebab doakan aku jadi baik. Hati-hati ye memandu kat jalan raya tu. Take care.. Assalamu’alaikum,” Raja Fariz melaung dengan kuatnya sekali apabila mendapati Marlissa berjalan dengan pantas menuju ke arah keretanya yang diletakkan di bawah pokok di seberang jalan tersebut.

Marlissa berpaling dan menunjukkan penumbuknya ke arah Fariz. Fariz hanya tersenyum tanda kemenangan meskipun hatinya dirundung pilu. Dia tidak akan sekali-kali menangis di hadapan kaum yang berlawanan jantina dengannya. Memang tidak dinafikan, Fariz terasa sedih sangat kerana berpisah dengan kekasihnya, tetapi tidak ditunjukkan di wajahnya kerana takut dianggap lelaki yang dayus yang tidak melepaskan perempuan yang mahu mencari pasangan yang lain.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...